بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Perjumpaan pengawas bersama Tuan Pengetua

Perjumpaan pengawas bersama Tuan Pengetua SMKLG iaitu En. Kamarudin b. Jaafar telah diadakan pada 7.01.2012 bertempat di bilik mesyuarat SMKLG . Mesyurat pertama kali bersama pengetua berlangsung pada jam 8.30pagi sehingga 11.00pagi . Banyak ilmu dan nasihat yang telah diberikan kepada kami semua agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berdedikasi . Pengetua juga ingin menjadi SMK Long Gafar sebagai ''Sekolah Termuka'' di negeri Kelantan dan telah memperbaharui motto sekolah ''TOGETHER WE ACHIEVE GREATNESS'' kepada ''THE THIKING SCHOOL'' yang bermula pada tahun 2012. Antara ilmu yang telah dikongsikan oleh Tuan Pengetua ialah peranan sebagai seorang pengawas , tanggungjawab sebagai pengawas sekolah , fungsi sebagai pengawas dan banyak lagi nasihat dan kata-kata semangat yang telah diberikan oleh Tuan Pengetua . 




Setelah tamat perjumpaan bersama Tuan Pengetua , Ketua Pengawas iaitu Muhammad Iemanuddin Al-Haq telah mengadakan sport-check bagi pengawas lelaki untuk memantapkan lagi disiplin para pengawas sekolah . Alhamdulillah hanya sebahagian kecil sahaja pengawas lelaki yang melakukan kesalahan .



Selepas tamat Ketua Pengawas melakukan sport-check , kami semua pengawas sekolah bersama-sama membersihkan dewan sekolah kami kerana pada 08.01.2012 sekolah telah mengadakan Solat Hajat Perdana pada setiap awal bulan di Dewan Datuk Seri Najib . Kami sebagai pengawas sekolah ingin membantu pihak sekolah untuk menjayakan majlis itu agar berjalan dengan lancar .


Pada pukul 2petang , setelah selesai membersihkan dewan kami dibenarkan pulang . Terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana sudi berkongsi ilmu kepada kami semua dan terima kasih juga kepada semua pengawas SMKLG kerana telah berkorban masa untuk menghadiri perjumpaan kali pertama bersama Tuan Pengetua .