Pada 19 Januari yang lalu, SMKLG telah melancarkan program "WAVE OF ENGLISH". Di mana setiap hari, pelajar perlu melakukan public speaking di atas pentas mengikut tingkatan. Manakala pada hari Ahad pula, guru-guru akan mengedarkan sehelai kertas yang mengandungi lirik lagu Inggeris kepada pelajar-pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar disarankan agar bertutur dalam bahasa Inggeris pada hari Isnin.
Tersebut merupakan salah satu gambar dari pelancaran program ini.
PMR Terakhir Terciptanya Sejarah SMK Long Gafar
Tahniah kepada para pelajar SMKLG terutamanya pengawas-pengawas pada tahun 2013 yang mengambil peperiksaan PMR kerana telah berjaya mencipta sejarah buat sekolah seterusnya mengharumkan nama sekolah. Sekalung penghargaan juga buat para guru yang telah berpenat lelah mendidik pelajar-pelajar sehingga mendapat keputusan yang baik.
Karnival Sukan
Pada baru-baru ini , sekolah menengah kebangsaan long gafar mengadakan Karnival Sukan nagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 . Karnival itu disambut dengan meriah . Semua pelajar wajib mengambil bahagian . permainan yang diadakan ialah seperti bola tampar , bola jaring dan futsal bagi pelajar perempuan , manakala pelajar lelaki pula bola sepak , futsal dan bola tampar . tujuan karnival ini diadakan untuk memilih pelajar yang berbakat untuk menyertai kem sukan .
Saat Ramadhan berlalu dan Syawal pun tiba
Ramadhan tiba juga dibatas perpisahan
air mata ku gugur saatku lambai ia di lembayung senja
harapan bercampur ragu ku selit dalam setiap doa
mohon diterima amalan biar terkumpul segala rahmat
di Lailatul Qadar, malam terbaik seribu bulan.
Senja yang berlabuh pun terus mengamit Syawal
bibirku tak kering menyebut kalimah memujimu
takbir dari hamba-hambaMU bergema seluruh semesta
tak puas lagi aku sujud menyembah padaMu Ya Allah!!
dengan limpah izinMu, Syawal ku peluk dengan syukur.
Ramadhan yang pergi dan Syawal yang tiba
Ku nikmatimu dengan penuh takwa dan keinsafan.
Ramadhan Yang Dinanti
Ramadhan kembali
Ramadhan yang penuh erti
Ramadhan yang penuh isi
Ramadhan yang melimpah dengan 'rezeki'
Ramadhan
Satu antara bulan
Bulan yang dinanti
Bulan yang dirindui
Punya satu malam
Lailatul Qadr untuk mereka yang merai...
Ramadhan yang penuh tragedi
Perang Badar menang di "sini'
Pembukaan kota Mekah di 'sini'
Bandar Taif diserah di 'sini'
Andalus kalah di tangan Islam di 'sini'
Tentera Monggol kalah di 'sini'
Perang Yakhliz menang di 'sini'
Ramadhan yang penuh dengan isi
al-Qur'an diturunkan di 'sini'
Pintu syurga dibuka di 'sini'
Pintu neraka di tutup di 'sini'
Ahli kubur tenang di 'sini'
Syaitan diikat di 'sini'
Barakah berada di 'sini'
Maghfirah berada di 'sini'
Rahmat berada di 'sini'
Apakah kita mampu berada di 'sini'
Belajar mengawal nafsu diri
Belajar mengenal kesusahan hakiki
Belajar mencari redha Ilahi
Belajar mendekati seru Rabbul Izzati
Agar keluar dari 'sini' nanti
Menjadi pelajar yang lebih banyak berbakti
Pada Allah Rabbul 'Aali
Pada Rasul Allah yang patut dicintai
Pada ibubapa yang banyak berbudi
Demi melihat agama-Mu terus berada di puncak yang tinggi
Ramadhan
Hadirmu dinanti
pergimu pasti ditangisi
Ku datang padamu
Dengan seribu harapan
seribu impian
agar ramadhan kali ini
akan membawa barakah,rahmah dan maghfirah dari-Nya
Ameen ya Rabbal Alameen...
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Ramadhan yang penuh isi
Ramadhan yang melimpah dengan 'rezeki'
Ramadhan
Satu antara bulan
Bulan yang dinanti
Bulan yang dirindui
Punya satu malam
Lailatul Qadr untuk mereka yang merai...
Ramadhan yang penuh tragedi
Perang Badar menang di "sini'
Pembukaan kota Mekah di 'sini'
Bandar Taif diserah di 'sini'
Andalus kalah di tangan Islam di 'sini'
Tentera Monggol kalah di 'sini'
Perang Yakhliz menang di 'sini'
Ramadhan yang penuh dengan isi
al-Qur'an diturunkan di 'sini'
Pintu syurga dibuka di 'sini'
Pintu neraka di tutup di 'sini'
Ahli kubur tenang di 'sini'
Syaitan diikat di 'sini'
Barakah berada di 'sini'
Maghfirah berada di 'sini'
Rahmat berada di 'sini'
Apakah kita mampu berada di 'sini'
Belajar mengawal nafsu diri
Belajar mengenal kesusahan hakiki
Belajar mencari redha Ilahi
Belajar mendekati seru Rabbul Izzati
Agar keluar dari 'sini' nanti
Menjadi pelajar yang lebih banyak berbakti
Pada Allah Rabbul 'Aali
Pada Rasul Allah yang patut dicintai
Pada ibubapa yang banyak berbudi
Demi melihat agama-Mu terus berada di puncak yang tinggi
Ramadhan
Hadirmu dinanti
pergimu pasti ditangisi
Ku datang padamu
Dengan seribu harapan
seribu impian
agar ramadhan kali ini
akan membawa barakah,rahmah dan maghfirah dari-Nya
Ameen ya Rabbal Alameen...
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Subscribe to:
Posts (Atom)